07 October 2009

hari-hari saya yang sesak.

dulu masa puasa, semua kerja kena tangguhkan dulu. bagi alasan penat berpuasa. sekarang syawal pon sudah hampir tamat. kalo tak nak buat kerja macam mane?? katakan TAK NAK untuk buat kerja!! untuk semua student sekarang memang mase genting. untuk budak sekolah, exam dah dekat sgt. SPM? PMR? UPSR? semua exam mase hujung-hujung tahun. tapi untuk student universiti pulak, masa hujung tahun nih pon genting jugak. sebab apa ek?? sebab ini lah...

dekat depan pintu masuk. dekat dengan pak guard. saje pilih tempat yang selamat.


aksi lucah di lane boling. ceh. memang tiada kerja betul.

siap tengok movie ramai-ramai. 21tiket kami borong malam tuh. seat pon susun panjang-panjang macam keretapi. haha.

sempat celebrate buzzday my darling faryda si baju purple itu. walaupon banyak test dan assignment menunggu tapi takpe. makan sedap! makan lagi?? uish.


agak-agaknya masa SPM dulu berani tak nak cakap dengan mama ngan abah nak jalan-jalan 2minggu sebelum exam dengan alasan nak tenangkan fikiran?? jawapannya: buang masa. nanti mesti mama cakap, "bagi dapat 10A dulu baru boleh pergi jalan-jalan." erk? 10A?? wtf?? u can do it hani!! just do it hani! bak kate Nike. kenyataannya?? hanya dapat 5A sahaja dan permintaan anda tidak dapat dikabulkan hani. harap maaf! sedihkan??

cuma satu harapan saya. semoga dapat result exam lagi cemerlang dari semester lepas. berapa result semester lepas ko hani?? erk. harap maaf. terok! malu nak cakap. sebab tuh cakap semoga cemerlang dari semester lepas. haha. hani. hani. mama selalu pesan. masa hantar balik shah alam. sebelum naik tangga.

"along solat jangan tinggal. belajar rajin-rajin. jangan asyik berangan jek."


memang along dengar cakap mama. memang belajar da rajin-rajin. tapi masalahnya dia nih auntie, study suka last minit. esok ade test malam baru study. bole ke score kalau macam tuh?? lepas tuh die nih suka tengok cerita korea. Boys Over Flowers. memang superb. best woo!! serius. best. sila tengok untuk kepastian. Gu Jun Pyo (mestila hero. watak tambahan tak main la). ciri-ciri lelaki idaman saya. en ili faizal sila jangan marah. ini gambar pelakon korea yang hensem tuh. wah!!! sangat mencairkan hati. comel kan? kan?


berdiri dari kiri: woo bin, yi jung, jun pyo, jan di, ji hoo.
macam gambar kelas pulak. ha. mesti dah tertawan hati nak tengok kan? sila percaya cakap saya dan tengok drama ini. sungguh klise. but two thumbs up!

tempat praktikal?? adoi. jangan ditanya buk. hanya menambahkan bebanan dan sesak dikepala. ape sebab nya tempat praktikal masih belum dapat?? jawapannya hani suraya ini memilih!! heylo cik hani suraya. setakat cgpa nyawa-nyawa ikan dan tidak dapat menandingi aflah classmate awak tuh, jangan la nak memilih sangat. amek jela mane ade. ataupon bank yang tak nak pilih hani suraya sebagai intern?? tetapi hakikatnya sampai sekarang tiada satu bank pon yang hantar surat setuju terima sebagai intern. alahai nasib. kepada encik bank, sila consider saya sebagai intern. kerana saya pekerja yang berdisiplin, sangat komited terhadap kerja dan sangat berdikari ketika membuat kerja sahaja. lain-lain masa juga dia independent tetapi tidak bila ada en ili. tidak reti independent bila ada en ili. huh! memang sah minah nih gedik!


masalah kewangan?? hah! masalah paling besar yang dihadapi oleh minah nama hani suraya nih. bila ade orang tanya "eh. ko ada duit tak? aku nak pinjam sikit?" hani suraya akan jawab, "duit? aku nak makan pon tak lepas. nak bagi ko pinjam memang tak dapat lah." padahal hani suraya tuh mana pernah tak dapat makan. ape ntah yang tak lepas dia tuh?? heylo hani suraya!! en ili sudah cakap anda tembam. sila sedar diri dan kurangkan makan. erk? macam mana saya nak tahan dengan dugaan kawan-kawan yang ajak pergi open house dan makan free ini?? jawapannya: jangan mimpilah budak hani suraya ini mahu berhenti makan.. sedangkan hujan boleh berhenti tetapi tidak mulut hani suraya...hahahaha. huish. dahsyatnya dia!

ada siapa-siapa yang bangkang??