16 December 2009

mas kahwin naik? turun? tak berubah?

macam pasaran saham pulak mas kahwin nih. ade pasang surut. kejap naik. kejap turun. rasanya turun mana ada kan??? makin naik ade la kan??

makin ramai yang komen. bukan dalam blog ini semestinya. dalam radio, suratkhabar, blog-blog lain, dan mana-mana saluran media. ramai yang mengeluh. terutamanya kaum adam kita. mas kahwin itu membebankan. pandangan saya?

sudah sampai masanya mas kahwin itu dinaikkan. tetapi pada kadar berapa terpulang lah. kerajaan negeri selangor berpendapat RM300 adalah nilai yang secocok. jom kita semak fakta ini. perbelanjaan kahwin? semestinya mencecah ribuan ringgit. ini termasuk: order katering, kad kahwin persalinan pengantin, mak andam, hantaran, door gift, pelamin, kerusi meja, audio system dan lain-lain. (belum berkahwin. promote sket ye. hehe. jadi masih belum mengetahui perbelanjaan kahwin yang sebenarnya).

bukan murah dan bukan senang nak kahwin. kos sara hidup yang semakin meningkat di negeri ini. Selangor dan Kuala Lumpur. percayalah. cuba bayangkan ini. nasi separuh + tempe sambal + paru sambal + air limau ais = RM7.50. mahal nak mati!!! (macam mana elaun RM150 tuh nak cukop?? sila lihat post kat bawah)

kenapa harus merungut? sedangkan perbelanjaan yang sedia ada juga tidak banyak beza. kalau tempah kad yang fancy-fancy itu boleh, kalau tempah baju sampai 10 pasang itu boleh. kenapa kadar kenaikan (ini macam subjek ekonomi) yang tidak seberapa itu perlu dibahaskan? 


mas kahwin adalah pemberian wajib si suami kepada isteri dengan sebab adanya perkahwinan. kalau beli hadiah masa zaman cintan cintun sampai RM300 atau lebih itu bukan mas kahwin ye. lebih kepada sumbangan ikhlas atau investment ketika bercinta. kalau pasangan bercinta itu beli top-up atau buat bil setiap bulan, pasti jumlahnya lebih RM300. bagi saya tidak ada salahnya RM300 itu kerana ianya adalah pemberian si suami untuk isteri untuk satu ikatan yang suci dan sah di sisi Islam. kalau beli hadiah ratus-ratus masa zaman bercinta itu belum sah lagi ye. 

membebankan?? saya juga bukan datang dari keluarga senang atau berada. bakal suami (eceh!)  juga saya pasti tidak datang dari keluarga berada. hanya insan biasa yang ditakdirkan dan dijodohkan untuk saya. mungkin kedengaran membebankan kerana kenaikan itu secara mendadak. jika secara berperingkat mungkin kaum adam tidak terkejut. 


banyak andartu dekat Selangor?? hanya untuk pemikiran katak di bawah tempurung. siapa yang boleh menolak jodoh yang datang? jika jodoh anda di negeri Selangor? mahu ke ditinggalkan begitu sahaja hanya kerana RM 300? takkan lah kan? 


jadi bukalah minda. jangan berfikiran sempit kerana kenaikan itu tidak seberapa berbanding pengorbanan dan tanggungjawab yang perlu di galas di bahu kaum hawa selepas anda diijabkabulkan. berkerjasamalah kerana tanggungjawab itu perlu ditunaikan bersama-sama. suami sebagai imam dan isteri sebagai makmumnya. insyaAllah...


saya tahu bakal suami saya pasti tidak merungut. anda? eh jap jap. saya ni dibawah jajah takluk negeri Selangor ke??





15 December 2009

practical training.


bila bercakap pasal tempat praktikal, saya sedih. impian untuk mendapatkan tempat praktikal yang elaun RM 1500 bertukar menjadi hanya RM 150. dan selepas menolak semua kos pengangkutan dan kos makan (mahal giler!!) ape yang tinggal? hanya debu-debu kosong.

seperti membuat kerahan tenaga kepada pelajar degree yang tiada pengalaman, itulah persepsi saya terhadap practical training. when you have been asked to do something that after SPM students can do the task, what's the point of taking my degree?? maybe it is time for graduates like me to change my perception. not to be choosy. but must i just choose any jobs that will not offer me satisfied result like i always dream for?

kerana saya tidak pernah meletakkan apa-apa hope untuk tugas ini, jadi saya terima. untuk RM 150, saya hanya perlu goyang kaki dan seluruh anggota badan, saya tidak sanggup. for me, this is the time to gain as much experience an learns as much as possible. but maybe this is just the starting point. hopefully it will change. insyaAllah..

bila saya dengar ada kawan-kawan yang banyak kerja walaupon tidak mendapat elaun langsung, ada yang banyak kerja tetapi elaun sederhana banyak dan banyak kerja dapat banyak elaun. yang mana satu pilihan anda?

well my advice would be, in everything you do, dont put too much expectation. but surely you must hope for the best and do everything you have been told your best. biasalah tu kalau budak praktikal mula-mula kena buat kopi untuk bos (in my case. that will never happen. kettle pon tiada dalam office ni. ape lagi coffee or nescafe or watsoever), kena phototcopy untuk bos (ye. saya sedang mahu expert dalam bidang ini. depan belakang. lighter or darker, atas bawah, bring it on!! saya tahu. haha) susun-susun fail, isi customer details, dan macam-macam kerja seperti kena bawak turun fail untuk bos. tolong beli air mineral untuk bos.

bila tiada pengalaman kerja. apa yang kamu hendak harapkan? jangan memilih. my mom always said, this is what has been planned for you. mesti ada hikmah kenapa awak dapat tempat tu bila tempat laen tak nak amek awak. (sedihkan bunyi?) prepare awal-awal. kalau tak company mane pon tutup sebelah mata tengok resume kamu. then CGPA tinggi mcm menara KLCC pon tak bole kerja dengan Petronas KLCC tau.

saya bersyukur. dan sedang belajar untuk lebih bersyukur. anda bagaimana?

19 November 2009

diploma saya dikedah.


kehadapan diploma yang disayangi di kedah,




pertama kali berdinner bersama rakan-rakan. pertama kali juga mengenakan pakaian seperti itu. terima kasih kedah. pengalaman menakjubkan disana.




bersama pemain bola sepak diverxity uitm kedah selepas habis game. mereka busuk. walaupun kalah penyokong setia manchester united ini tetap turun memberi sokongan sebagai rakan sekelas. semester akhir dikedah.





the best library ever! even library dekat shah alam pon tak dapat menandingi kehebatan library ini. librarian yang super peramah. printer yg best. compared to shah alam yg cuma ada printer macam dekat umah saya. guna printer buble jet untuk student yang beratur panjangnya macam kedai donut big apple. logikkah?? common on!! memang superb! oh sudah mula rindu kedah. haish.




last class with en baderisang. torturing class ever yet very memorable. kenapa memorable? bila kau terpaksa membakar ayam ditengah panas sementara tiada orang membeli ayam engkau. bila tidbits yang engkau jual orang jeling sebelah mata, bila ikan yang engkau jual lagi banyak rugi daripada untung, itu bukan torturing ke namanya?? rasa macam nak tarik dia pergi tepi tumbuk dia 2-3 kali lepas tu paksa beli semua yang kau jual. padan muka siapa suruh jeling-jeling kalau tiada niat untuk membeli. hahaha. sangat evil. tetapi kenapa memorable?? sebab event ini merapatkan silaturrahim kami 2 class. superb! lepas gaduh sebab aku-tak-suka-engkau-sebab-muka-engkau-annoying, kami mula berbaik-baik disebabkan lecturer yang 1 ini lah. tengkiu sir!




skema cap ayam + gelap 1 tona dari tona wajah asal.
LDK atau latihan dalam kumpulan. hanya aktiviti ini yang dapat membuatkan kami berbaju kurung dan nampak ayu lagi sopan sebagai resultnya selain hari isnin dimana kami wajib memakai baju kurung. polisi atau anda ditangkap oleh mak guard dan pak guard dekat tepi jalan. nak ke?? cuba bayangkan ini. jalan ramai-ramai untuk kelas pukul 8 dan tiba-tiba anda dijerkah oleh mak guard berbaju biru, bila mata engkau baru mahu terbukak luas, dihadapan puluhan siswi dan lebih teruk siswa. sumpah terus jatuh menjunam indeks saham engkau untuk hari itu.

 

inilah bentuk torturing yang dimaksudkan. kami ditugaskan menjadi pencacai mencuci kereta semua staff dan student. untuk 1 hari semua kereta bersih bersinar-sinar. subjek ala-ala macam the apprentice. menang ke? da confirm lah tidak. menang nombor 2. yang penting kita enjoy!!





last paper of the semester. lupa sudah paper ape. terasa seperti mahu menangis meninggalkan rakan-rakan. keajaiban berlaku bila hampir separuh dari muka-muka ini wujud di shah alam. gambar seperti ini tidak dapat dirakam di shah alam. habis paper semua berebut keluar dewan masuk kereta start enjin dan vroom vroom. bubye shah alam.





sangat gembira di sini. berkayak dan menaiki rakit. jungle trackking bersama junior-junior. sungguh adventure. pertama kali masuk hutan dan berjaya keluar tanpa bekas gigitan pacat dikaki dan tangan. clean. darah tidak cukup sedap untuk dihisap si pacat.




perjalan pulang ke kuala lumpur dari kedah. 15jam perjalanan. bayangkan kesakitan dan keperitan yang terpaksa dialami oleh tulang belakang saya akibat tempat tidur yang sempit dan tidak selesa. tetapi experience itu sangat valuable dan tak mungkin dapat dikutip tepi jalan kerana muka lagi 4orang rakan baik itu tidak mungkin boleh dikutip tepi jalan. hei kawan baik. jom naik kenderaan ini lagi sanggupkah anda??

pengakhirannya??




si hani suraya ini berjaya menamatkan kerjaya diplomanya dalam bidang business studies dengan dua bintang. sangat gementar mahu naik kepentas ini. sangat ramai orang menonton + takut jatuh topi konvo + takut tersadung akibat nervous = berjaya control ayu dan cun dengan jayanya. hahaha. peace!




 saya sangat gembira dapat diploma ini. walaupun banyak dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuh untuk sampai ke tahap sekarang ini tetapi berkat doa mama dan abah, saya berjaya. usaha yang telah dicurahkan dibalas dengan kejyaan setimpal. engkau ingat senang nak bergambar semacam ini dengan jubah tebal sambil control topi bagi tak jatuh sambil control cun + comel sambil cari pot baik tepi pokok macam ini?? cubalah tangkap gambar seperti ini.      


08 November 2009

bila boleh terbang. bebaslah!

sudah berabad rasanya belog ini tidak dikemas kini. haish. tidak berkesempatan. student's life. (masih boleh mengaku sebagai student walaupon final year degree hampir tamat) 

assignment banyak. test berderet-deret. dengan quiz. report. masalah rumah tangga. (sudah berumah tangga ke si hani ini??) makanya bila semua sibuk tiada masa untuk mengupdate belog ini. tiada masa untuk membuat revision. tiada masa untuk ber huha huha dengan rakan-rakan. macam sibuk sangat je kan jadi student nih?? 




ahhh. tuh semua dusta. si hani ini gemar siapkan keje last minit. esok nk anta mlm nih baru terhegeh-hegeh nak siapkan. esok nak test malam nih baru sebok bukak buku. baru sebok msg kawan-kawan tanye "eh silah, chapter mane yg masuk ek test esok? nape mcm xpnh belajar jek benda nih??" see?? mane la dia xsibuk?? (abesla si hani kalau mama yang baca). tetapi tidak mengapa. kini dia bebas.



tapi sekarang semua itu sudah tiada lagi. tiada lagi test yang perlu dijawab. assignment yang perlu dihantar. report yang perlu disubmit. quiz 5markah yang perlu dijawab macam test 20m. kerana si hani suraya itu sudah tamat pengajian di dalam kelas. tidak perlu lagi dia menghadiri kelas-kelas pagi. tidak perlu bangun awal dengan muka limau sunquick.

tidak perlu jalan kaki dari pusat komersial sampai unit kesihatan untuk tukar bas di padang kawad dan sampai di bus stop HEP lalu jalan kaki lagi tidak sampai 5minit untuk ke kelas.walaupon si hani suraya ini selalu datang lambat ke kelas. kelas mula pukul8.30. dia sampai 8.45. kelas mula pukul 9.00 dia sampai 9.15. kelas ganti hari rabu boleh kira dengan kaki berapa kali dia datang semenjak bulan puasa. tetapi tidak mengapa. kini dia bebas.


aktiviti malam jika esoknya ada test: keluarkan kertas garis-garis putih. catatkan semua nota yang perlu dan kertas itu akan jadi sumber rujukan ketika test sedang berjalan. (dia meniru???) bukan meniru. kerana si hani suraya ini pemalas mahu menelaah lepas balik kelas, die menelaah masa dalam kelas. semasa membuat test. jangan lupa rakan seperjuangan disebelah. boleh exchange of information mana-mana yang patut. see?? study smart bebeh!! tetapi kini tiada toyol boleh membantu. tidak perlu lagi. kerana dia sudah bebas.


hidup hani suraya kini sudah berubah. dia perlu berubah menjadi dewasa. belajar berdiri atas kaki sendiri. kini betol-betol sendiri. alam pekerjaan sedang menanti. dunia realiti semakin menghampiri. hah. dia blank. sudah terbiasa hidup dalam kepompong sendiri tanpa berfikir tentang masa depan.


yeah! though totally she is not prepared. from all aspects. finacially broke, mentally, physically, emotionally. in short. though she is free but still she is not ready to be set free. she still needs her parents to support her. still needs her friends when she needs them the most. no no no. i dont want to grow up. haha. a bit childish. but no body knows what's outside there. is it good enough for me to live my life as what i am today?? 

certainly nope. i am not satisfied. but i am grateful for being here. with him. with my babes. with my friends. en ili. i am grateful that you are always there though we are far apart for i wish and really hope the distance between you and me will not tear us apart. for whatever reasons that i couldnt think of, i am grateful that you are always beside me though you never help. i am childish, immature and  i am grateful that you can accept for what i am. 

I hate the way you talk to me
And the way you cut your hair
I hate the way you drive my car
I hate it when you stare

I hate your big dumb combat boots
And the way you read my mind

I hate you so much that it makes me sick
It even makes me rhyme

I hate the way you're always right
I hate it when you lie
I hate it when you make me laugh
Even worse when you make me cry

I hate the way you're not around
And the fact that you didn't call
But mostly I hate the way I don't hate you
Not even close, not even a little bit, not even at all.


~10 things i hate about you


and also for geng AC21B (mafia secret code ke nih?) who being there through thick and thin. who with me discover the real meaning of being grown up. who starving together with me when we only have maggi mi dekat dapur. who shares the same pillow bed with me, who share the same shampoo with me, who lend me the pitih when i dont have any, who always there arguing with me, who always stands beside me, who will defend me when all the people talks about me, who lend me a hand when i am in trouble, who always there, never give up on me, who always laugh when i made stupid jokes, who celebrate my birthday never missed, who always loves to hear me sing (blaaah. ini tipu weh.) and all the journey that we shared for the past 5years, i am grateful. for i wish we could live in the same house until all of us getting maried (tp kena hire bibik weh. sumpah geli umah sepah-sepah camnih!) that is why i never want to be free.

A friend is someone we turn to
when our spirits need a lift.
A friend is someone we treasure
for our friendship is a gift.
A friend is someone who fills our lives
with beauty, joy, and grace.
And makes the whole world we live in
a better and happier place
.

- Jean Kyler McManus -



mana saya nak cari experience baru macam nih? berkongsi kebusukan dan kewangian dalam hidup sama-sama. during free time bole tgk cd 4ringgit dekat laptop lepas tu buat marathon movie sampai ngantok tertidor sendiri. bole have fun habeskan dwet ptptn baru dapat bersama-sama naik kereta kancil dari zaman diploma kedah sampai degree. during laziness melanda (most of the time actually) akan order McD atau Dominos atau bila inflasi melanda poket habiskan semua makanan di dapur. maggi, milo, nescafe, pearl kacip fatimah, old town white coffee. u name it!! semua licin. hanya kerana malas mahu menapak turun pergi ke kedai makan yang jauhnya hanya beberapa langkah dari rumah. ufh. i am gonna miss ya'll so much!! i never want to be free. hani suraya dipaksa bebaskan diri. (22tahun. kalo kawen da bole jadi emak tau. that's what my mama always said.)

dia masih blom bersedia. ada sape-sape mahu replace tempat dia? tapi kena janji jangan curi en ili + kawan-kawan dia + family dia. cuma tukar umor sahaja. 
(huh. immature side of hani suraya.)  



07 October 2009

hari-hari saya yang sesak.

dulu masa puasa, semua kerja kena tangguhkan dulu. bagi alasan penat berpuasa. sekarang syawal pon sudah hampir tamat. kalo tak nak buat kerja macam mane?? katakan TAK NAK untuk buat kerja!! untuk semua student sekarang memang mase genting. untuk budak sekolah, exam dah dekat sgt. SPM? PMR? UPSR? semua exam mase hujung-hujung tahun. tapi untuk student universiti pulak, masa hujung tahun nih pon genting jugak. sebab apa ek?? sebab ini lah...

dekat depan pintu masuk. dekat dengan pak guard. saje pilih tempat yang selamat.


aksi lucah di lane boling. ceh. memang tiada kerja betul.

siap tengok movie ramai-ramai. 21tiket kami borong malam tuh. seat pon susun panjang-panjang macam keretapi. haha.

sempat celebrate buzzday my darling faryda si baju purple itu. walaupon banyak test dan assignment menunggu tapi takpe. makan sedap! makan lagi?? uish.


agak-agaknya masa SPM dulu berani tak nak cakap dengan mama ngan abah nak jalan-jalan 2minggu sebelum exam dengan alasan nak tenangkan fikiran?? jawapannya: buang masa. nanti mesti mama cakap, "bagi dapat 10A dulu baru boleh pergi jalan-jalan." erk? 10A?? wtf?? u can do it hani!! just do it hani! bak kate Nike. kenyataannya?? hanya dapat 5A sahaja dan permintaan anda tidak dapat dikabulkan hani. harap maaf! sedihkan??

cuma satu harapan saya. semoga dapat result exam lagi cemerlang dari semester lepas. berapa result semester lepas ko hani?? erk. harap maaf. terok! malu nak cakap. sebab tuh cakap semoga cemerlang dari semester lepas. haha. hani. hani. mama selalu pesan. masa hantar balik shah alam. sebelum naik tangga.

"along solat jangan tinggal. belajar rajin-rajin. jangan asyik berangan jek."


memang along dengar cakap mama. memang belajar da rajin-rajin. tapi masalahnya dia nih auntie, study suka last minit. esok ade test malam baru study. bole ke score kalau macam tuh?? lepas tuh die nih suka tengok cerita korea. Boys Over Flowers. memang superb. best woo!! serius. best. sila tengok untuk kepastian. Gu Jun Pyo (mestila hero. watak tambahan tak main la). ciri-ciri lelaki idaman saya. en ili faizal sila jangan marah. ini gambar pelakon korea yang hensem tuh. wah!!! sangat mencairkan hati. comel kan? kan?


berdiri dari kiri: woo bin, yi jung, jun pyo, jan di, ji hoo.
macam gambar kelas pulak. ha. mesti dah tertawan hati nak tengok kan? sila percaya cakap saya dan tengok drama ini. sungguh klise. but two thumbs up!

tempat praktikal?? adoi. jangan ditanya buk. hanya menambahkan bebanan dan sesak dikepala. ape sebab nya tempat praktikal masih belum dapat?? jawapannya hani suraya ini memilih!! heylo cik hani suraya. setakat cgpa nyawa-nyawa ikan dan tidak dapat menandingi aflah classmate awak tuh, jangan la nak memilih sangat. amek jela mane ade. ataupon bank yang tak nak pilih hani suraya sebagai intern?? tetapi hakikatnya sampai sekarang tiada satu bank pon yang hantar surat setuju terima sebagai intern. alahai nasib. kepada encik bank, sila consider saya sebagai intern. kerana saya pekerja yang berdisiplin, sangat komited terhadap kerja dan sangat berdikari ketika membuat kerja sahaja. lain-lain masa juga dia independent tetapi tidak bila ada en ili. tidak reti independent bila ada en ili. huh! memang sah minah nih gedik!


masalah kewangan?? hah! masalah paling besar yang dihadapi oleh minah nama hani suraya nih. bila ade orang tanya "eh. ko ada duit tak? aku nak pinjam sikit?" hani suraya akan jawab, "duit? aku nak makan pon tak lepas. nak bagi ko pinjam memang tak dapat lah." padahal hani suraya tuh mana pernah tak dapat makan. ape ntah yang tak lepas dia tuh?? heylo hani suraya!! en ili sudah cakap anda tembam. sila sedar diri dan kurangkan makan. erk? macam mana saya nak tahan dengan dugaan kawan-kawan yang ajak pergi open house dan makan free ini?? jawapannya: jangan mimpilah budak hani suraya ini mahu berhenti makan.. sedangkan hujan boleh berhenti tetapi tidak mulut hani suraya...hahahaha. huish. dahsyatnya dia!

ada siapa-siapa yang bangkang??

10 September 2009

Dia Sedang Bertatih. Biarlah...

macam kanak-kanak, orang tua pon boleh kita guna untuk perkataan bertatih. siapa yang cakap bertatih hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak?? perkataan itu subjektif. lebih mudah lagi, ianya merujuk kepada ayat yang kita gunakan. eh? kenapa macam dalam kelas Bahasa Melayu pulak nih?? (subjek Bahasa Melayu adalah subjek kegemaran selain Matematik dan Sejarah kerana selalu score subjek nih. hahaha. subjek selalu dapat markah MERAH adalah subjek dibenci kerana merosakkan mood kerana akan dileteri apabila meminta abah sign report card. haish)

satu hari saya diberitahu, "blog kau tak kelakar lah!" erk. wtf??? perlukah saya menumbuk muka si polan bin sipolan itu kerana statement menyakitkan hati itu?? heylo mr.!! ini blog bukan blog mahu buat kelakar. kalo mahu gelak-gelak sambil membaca pergilah baca komik Sin Chan. ataupun komik Ujang. kan? haish. kesabaran sangat teruji di bulan yang mulia ini apabila satu-satu dugaan datang menimpa. saya masih bertatih okeh. baru terjebak dalam dunia pemblog'an nih. what do you expect mr??

keluh kesah hani suraya.

1. duit poket saya kekeringan. erm. ini dugaan sepanjang masa. bukan di bulan Ramadhan sahaja. harap maklum. derma boleh dihulurkan kepada saya oleh mereka yang sudi. -mengharap- hahaha

2. terpaksa duduk dalam keadaan meminta simpati di luar rumah kerana lupa membawa kunci rumah. housemate semua ada class sampai pukul 6 petang. selama 2 jam terkunci dan bateri handphone pula tiba-tiba mati dan tidak dapat menghubungi rakan-rakan terdekat. mahu terkencing pula tiba-tiba akibat tidak menggunakan tandas dengan sepenuhnya apabila masuk ke tandas chantek Asian Finance Bank. apa aktiviti kami di dalam tandas chantek tu??


faberet past time kami. oh ya. toilet itu chantek kerana kami. erk? chantek ke??

3. baru dapat result test. markah semua tidak memuaskan. haish. apalah nasib. sudah penat lelah menelaah tetapi... erk. sebenarnya patut cakap macam nih. padan muka hani. siapa suruh esok nak test baru malam nih nak study. hahaha. adalah menjadi tabiat buruk lagi hodoh bagi dia untuk study awal. semua dia tibai last minit. termasuklah urusan penyediaan dan penghantaran assignment. ceh. student's life. hahaha. alasan semata-mata. lepas tuh time final baru pulun habis-habisan. bengkak-bengkak mata jadinya tidak cukup tidur.

4. sampai saat blog ini di post. si hani suraya itu masih belum dapat tempat praktikal. adoi. dia pening kepala. tetapi tiada tindakan dibuat. apply petronas, tetapi petronas cakap "kami tidak ambil student islamic banking" habis tuh ape kejadahnya encik suruh saya hantar surat universiti hari tu?? saja nak bagi saya excited + perasan sorang- sorang ke?? (berkata hani suraya dalam hati). kemudian dengan hati yang pasrah si hani suraya itu apply dekat Securities Commission. ada reply! yeah! lega rasanya. tetapi Sec Com yang terletak di Bukit Kiara itu tiada public transport. adoi. macam mana?? siapa pula yang mahu menghantar saya ke sana nanti tiap-tiap hari selama 20minggu??

sekian, keluh-kesah hani suraya. ada siapa-siapa ingin membantu??


05 September 2009

selamat pagi chekgu!!

sejak dari zaman kanak-kanak lagi kita diasuh,

cikgu: bila cikgu masuk class, murid-murid kena cakap ,selamat pagi cikgu!

murid-murid: buat tidak faham sahaja.

cikgu: kenapa kamu semua diam?

murid-murid
(ketua kelas): cikgu tidak masuk kelas pon. dari tadi memang cikgu dalam kelas.

cikgu (merasakan anak muridnya semakin pandai menjawab): tidak mengapalah. lain kali bila cikgu masuk kelas kamu buat apa yang cikgu suruh ye?? terpaksa mengalah.

pandaikan kanak-kanak zaman sekarang?? umur baru setahun jagung. (korang pernah terfikir tak kenapa kita kena guna setahun jagung. kenapa tak guna setahun timun ke. setahun tembikai ke? kenapa? kenapa? ceh. ini pon nk jadi drama ke hani??)

tapi bila kena marah mereka pandai menjawab. macam adik saya awin (okeh. adek-adekku yang laen, sabar ye. laen kali turn korang plak inreprem. -contoh kakak mithali-). umur dia baru 11tahun. muda lagi kan? tapi punya la pandai menjawab. macam dalam situasi ni. baru habis bukak puasa, kaum hawa dirumah perlu mengemas. awin biasanya ditugaskan kerja yang paling mudah oleh pia, lap meja. mudahkan? baikkan kakak pia nih? (ha. lagi sekali pia. name ko along masukkan) selesai pia cuci kesemua pinggan dan mangkuk, meja masih tidak berlap. dengan tidak semena-mena pia jerit, " awin! lap la meja nih. apesal ko g depan plak?? ko nak ngelat ye!!"

awin: "tunggu la jap. awin nak duduk kat tangga nih!!" (ape kejadahnya awin nak duduk kat tangga padahal sofa mama punyalah empuk. bagilah alasan munasarawak sikit awin oi!)

angah: -dia memang tidak pernah membantu melainkan jadi pemerhati bebas dan tukang gelak + tukang kacau orang buat kerja-


pia kakak kepada awin adik kepada along angah dan acik. ha. boleh jadi teka teki teka tekuk nih. anak keberapa pia nih??



tengok gambar pon dah tau dia pemalas kan?? haha. sebab ko pemalas sangat along letak gambar ko yang nih. gambar akan diupgrade bila ko dah rajin tolong kitorang buat kerja rumah nanti.




inilah awin si penglipur lara. alasan yang dia gunakan memang selalu pelik dan tidak sesuai untuk budak umur 11 tahun. less drama more revision okeh awin??

ini acik. adik kepada along dan angah. abang kepada pia dan awin. sangat suka kacau orang tetapi tidak boleh dikacau. hello!! unfair tau! ceh. rambut nak macam elvis jek. haha



along dan pia. terpaksa berkongsi gambar oleh kerana si kakak tidak fotogenik bila bergambar seorang diri. haish. kasihan kan si kakak itu??






03 September 2009

jadi anak cubalah bersyukur.

salam ramadhan al mubarak. semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.

sebentar tadi saya berbuka bersama rakan-rakan. gembira dapat bergosip sementara menunggu waktu berbuka (agak-agak apa jadi ye dengan pahala puasa kalau kita bergosip?? haha). ini memang habit kami dari zaman diploma lagi. pantang ada masa terluang pasti ada perkara tentang si polan bin si polan yang akan masuk carta teratas dalam forum gosip kami. haish.

mama selalu cakap,

"tak baik mengata orang. asyik bergosip jek. cuba bayangkan kalau orang bercakap benda yang sama tentang kita."

ting tong!!! terus alarm menyala dan otak mula berfikir. ha ah la kan. betul jugak tuh. aku nih pon bukannya perfect sangat. manusia. mana lah ada yang sempurna. kan? kan? kan?

aku pulak jawab,

"mama, tiada angin pokok takkan bergoyang"

eh eh eh? ape kena mngena ntah?? memang idok le kalau saya nak berpantun dengan mama. selalunya saya akan cakap macam ni jek,

"hehe. ala mama. biasa la tuh mama."

dan mama cuma menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. tanda anak perempuannya memang anak solehah. hahaha

laaa... ni da jauh menyimpang nih. lepas tarawikh mama dengan abah datang menghantar nasi arab. jauh dari sri damansara. walaupun sebenarnya sri damansara cuma setengah jam dari shah alam, tetapi cuma untuk menghantar nasi sebungkus??? ape kejadahnya?? bak kata pengacara ntv7 tu.

sebagai anak, saya amat terharu sekali apabila abah yang terkenal dengan sikap garangnya sanggup datang cuma untuk menghantar sebungkus nasi. untuk menolak, tidak sampai hati. so dengan hati, tangan, dada, dan segala abdomen badan yang ada, dengan terbuka hatinya, menerima apa jua juadaha yang dihantar oleh abah supaya anaknya tidak kelaparan. (eh. pernah ke ko kelaparan sebab tidak cukup makan hani??!!) tolong lah!!

sesungguhnya sebagai anak kepada pak leman dan makcik samsiah, saya amat bersyukur dan berbangga menjadi anak mereka. walaupun mungkin kehidupan kami sekeluarga tidaklah semewah seperti orang lain tetapi bersyukurlah. ada orang lain yang lagi susah daripada kita. bak kata abah saya.

terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan insan sehebat dan setabah mereka sebagai ibu bapaku.

jadi orang cuba belajar untuk bersyukur okeh??


02 September 2009

percubaan pertama

demam blog. bila semua orang pon sebok nak berblog. kenapa saya pon sebok nak berblog?? hanya menyedari keuntungan yang bakal dapat hasil dari berbloh nih, ha... baru sebok nk berblog.


kesusahan dan kesenangan.


kadang-kadang kita sebagai anak selalu mengeluh. kenapa bila kita mintak something from our parents and our request kena reject. kecewa kan? macam situasi yang saya alami ni.


"mama, along ingat raya nanti nak beli baju raya 2pasang la. pas tu along nak kasut raya baru."


mama cakap,


"baju raya sepasang tak cukup ke? tak payah membazir. kasut raya tuh pakai la yg lame dulu. kan boleh pakai lagi."


haish. kecewa betul bila permintaan kita ditolak mentah-mentah begitu sahaja kan?? ape nak buat. bukan duit datang dari poket sendiri. kena la dengar arahan dari mama. huhu.


oleh sebab itu, kami adik-beradik berazam untuk mengumpul sendiri dana kami adik-beradik supaya apa sahaja permintaan kami boleh kami penuhi. eh eh. hasil dari titik peluh sendiri tau!! boleh kembang kempis hidung bila dapat beli baju raya lagi sepasang, dengan sepasang kasut raya baru, dengan handbag baru, dengan, dengan, dan dengan.


sebab kami lima beradik kesemuanya masih menuntut, tiada pekerjaan dan duit ditangan sediri (own cash in hand), maka dengan ini kami adik beradik berhajat untuk membuka premis blogger kami sendiri. so help us out people!!


kerana kesusahan yang kami alami mengajar kami bahawa kesenangan tidak akan datang bergolek tanpa usaha. dan saya sebagai kak long memberi idea untuk menubuhkan premis blogger kami yang pertama ini. barang-barang yang akan kami jual adalah barangan yang terpakai. dan mostly barangan ini adalah kepunyaan mama kami dan kami sendiri yang masih berada dalam keadaan elok tetapi sudah tidak digunakan.


see?? bukan susah kan nak cari duit?? adik-adik along sekalian, silalah contohi kakak kamu ini. jangan asyik mintak duit dari mama dengan abah je. mama, you must be proud of your daughter ni kan??


okeh. all the things that we want to sell will be posted later as right now we are in the middle of making kuih raya and preparing for hari raya. this kuih raya is for our own tummy and those who come to our house only yeah! not for sale. and also for atuk perempuan and atuk lelaki (our grandparents), mak long, mak ngah, cousins. ha senang citer our relatives la.


eh eh. still early kan? baru 2minggu ramadhan dah sebok nak buat kuih raya pulak. the reason is, my mama do not have maid to help her doing all the housework, kuih raya, tukar langsir, kemas rumah and all sort of things. so when i come back from shah alam i will help her doing all those things. an attempt to be anak solehah. ahakz! (macam nak promote diri sendiri la pulak. haha) opps terlupa pulak. normally, when i do the houseworks, my little sister will help me. kitorang akan ojus (ala yang main batu air burung tuh) untuk tentukan sape buat kerja ape. and then baru kitorang akan start buat kerja. and for sure saya akan buat kerja yang adik PEREMPUAN saya tolak ketepi. ha pia. along dah letak nama ko. the perempuan is in upper case because adik LELAKI saya memang cukup pemalas. bangun tidur macam anak raja. tinggal makan. adoi. senang kan jadi lelaki??