10 March 2010

sorry seems to be the hardest word.

dah lama rasanya si budak hani tuh tak update blog dia. apa dia buat ntah sampai takde masa nak update blog dia???

salam. hai semua! kabare? okeh. tugas mengupdate blog menjelma lagi. harapan untuk ditatap menggunung tapi sapa lah saya. blog tak seberapa ni nak minta-minta ditatap orang. wah melankolik pulak engkau! dah la lama busy tak update blog. opps!!

sebenarnya hani dah lama busy sebab hani dah bukak kedai baru!! so masa sekarang terpaksa dibahagi sama rata. untuk praktikal disebelah siang, malam kerja part time sambil uruskan order. oh lupa pulak. hani bukak kedai online jek. hani jual apa? kebanyakkan nya barang wanita lah! shawls dan pashmina. akan datang insyaAllah hani akan pelbagaikan product! doakan hani ye!

ok. kalau nak menjenguk-jenguk ke kedai hani silalah. jom klik!  http://honeysoffya.blogspot.com/ 

nak tengok sebahagian koleksi yang hani jual? boleh jek. tadaaaa!!!! ini baru sikit. nak tengok lebih-lebih bukak blog hani ye.

yang ini harga dia RM10.00

yang ini harga dia RM7.00

yang ini harga dia RM 8.00

yang ini pulak harga dia RM13.00

yang ini ? murah jek. RM10.00

yang terakhir ini pon harga dia RM15.00

semua shawls dan pashmina yang hani jual dijamin berkualiti dan murah. semua bawah RM20.00.

disamping itu, kalau ada yang nak order, komen mengomen, nak anta cadangan, boleh email. segala bentuk maklum balas diterima dengan hati yang terbuka.

apa lagi! jom cepat! zasss!! hani bagi special offer sementara stok masih ada! yeszaaa!!

04 January 2010

pembelian hebat. tak percaya?

pembelian hebat semestinya untuk pembeli hebat seperti anda. apa benda mahu di beli? lets cekidout...


handbag emak saya. sudah tidak mahu digunakan. daripada dibuang baik digunakan semula oleh anda

harga beli dahulu kala: RM180.00

harga mahu dijual: RM 80.00

ciri-ciri istimewa handbag ini:
1. masih baru. hanya beberapa kali dipakai. emak saya surirumah sepenuh masa. jadi beg ini lebih sesuai dipakai oleh anda untuk ke pejabat.

2. original leather bebeh!! 100% original. condition seperti anda membeli dikedai.

3. harga yang dinyatakan adalah termasuk kos penghantaran by pos ye.

jadi apa tungggu lagi? order. takkan nak tengok jek. jangan lambat. nanti menyesal....




beg document. digunakan untuk pergi ke kelas. untuk mengelirukan pandangan kasar student. semasa engkau berjalan memakai beg ini gerenti orang akan berkata seperti ini, "eh, itu lecturer baru kah? sungguh bergaya sekali beliau!"

harga beli dahulu kala: RM 49.90

harga mahu dijual : RM 30.00

ciri-ciri spesel beg ini:
1. good condition! tidak percaya? beli dulu. baru tahu. (terpedaya tak? hehe)

2. harga diatas termasuklah pekhidmatan penghantaran oleh abang posmen. terima kasih abang posmen. ewaaahhh!!


beg ngada-ngada masa muda remaja. sekarang pon muda lagi tapi perlu berlagak matang. huh!

harga beli dahulu kala: RM 39.90

harga mahu dijual: RM 30.00

seperti selalu dicakapkan:
1. beg ini berada dalam keadaan baik. saya jaga tau.

2. boleh isi macam-macam barang. agak besar. isi buku, kotak pensil (back to school bebeh!)

3. jangan risau. harga itu termasuk perkhidmatan mengepos oleh saya.



haha. tengok beg ini pon tahu betapa mengada-ngadanya si pemakai beg ini. warna tak boleh kalah. mesti kuning menyerlah. memang orang pandang engkau sorang jek. tak pandang benda lain dah.

harga beli dahulu kala: RM 30.00

harga mahu dijual: RM 25.00

ciri-ciri tak mungkin ada pada beg lain:
1. teddy bear kecik yang mencairkan hati. disertakan sekali semasa membeli. so, jika anda beli, teddy bear ini anda yang punya.

2. terletak elok dan baik lagi. seperti yang anda lihat pada gambar.

3. seperti biasa. abang posmen akan menghantarkan barang ini kepada anda setelah bayaran dibuat.




kasut jenama voir kepunyaan saya.

harga beli dahulu kala: RM 49.90 (kalau tak silap)

harga mahu dijual: RM 30.00

ciri-ciri penggodaan kasut ini:
1. ada lubang-lubang menggoda di bahagian depan dan belakang kasut. menggoda okeh. kaki boleh see-through. pengudaraan yang baik. jangan risau. kaki dijamin tidak kepam.

2. size kasut ini: 8/9.

3. excellent condition. baru pakai beberapa kali. tidak tahan digoda. ramai yang menengok. (sebenarnya nak cakap kaki kau buruk kan? mengaku jelah). setelah beli baru perasan kasut ini tidak sesuai dengan kaki saya. isk isk isk.

4. termasuk perkhidmatan pos laju. dijamin sampai esok atau lusa. hehe






kasut sarung berjenama Hush Puppies. silalah zoom-in jika kesahihannya diragui.

harga dibeli dahulu kala: RM 1++ (dah lama lah. agak-agakla harga kasut Hush Puppies. beli dalam tahun 2005)

harga mahu dijual: RM 50.00 (boleh dirunding. tetapi biarlah reasonable ye..termasuk perkhidmatan pos tau!)

ciri-ciri istimewa kasut berwarna coklat ini:
1. sudah tentulah keselesaannya. Hush Puppies tau.

2. reason to let go: masa beli dahulu sedikit boyish. minat kasut seangkatan dengannya. sekarang sudah mahu menjadi sedikit ladies. jadi kasut ini tidak lagi sesuai.

3. kasut nampak sedikit usang maklumlah kasut lama. tetapi masih sedap dan selesa untuk dipakai.

4. size: 8

5. dengan rela hati cas pos sudah disertakan sekali dalam harga mahu dijual itu.


sandal / selipar vincci hijau. kualiti gambar kurang best. sebab camera pon tidak berapa best. harap maaf.

harga dibeli dahulu kala: RM 35.90 (lebih kurang. dah lupa)

harga mahu dijual: RM 20.00

ciri-ciri kesian pada sandal hijau itu:
1. masih elok. bagi yang minat pakai kasut flat memang sesuai.

2. size: 8/9

3. kenapa nak jual dekat korang? sebab dah tak nak pakai lagi. korang pakai lah pulak. tapi bukan pakai free tau.

4. perkhidmatan pos ditanggung beres.







hah. sesuai untuk orang yang selalu berangan nak bawak kereta macam F1 seperti adik saya.

harga dibeli dahulu kala: -tidak ingat- 

harga mahu dijual: RM 35.00

ciri-ciri kemeja ini:
1. size: XXL (1size jek ada)

2. penghantaran pos terjamin. jangan risau ye...


term and conditions untuk membeli:


1. jikalau berminat, boleh order melalui email nlea_7@yahoo.com atau reply through comment. jadi semua orang ada peluang yang saksama untuk membeli.


2. selagi barang tiada pembeli, selagi itu anda boleh menjadi pembeli. barang di atas still available melainkan dinyatakan -sold out-


3. hanya perkhidmatan by pos ye. tiada penghantaran boleh dibuat. oh! atau jika anda mahu self pickup, sila berhubung melalui cara seperti di atas.


4. setelah saya memberi pengesahan, bayaran boleh dibuat melalui Maybank dan saya akan beritahu no account jika anda serius mahu membeli.


5. harap maaf, kerana tidak memberi no telepon. bukan saya bajet artis, tapi ada buyer yang call atau sms sehingga larut malam. tengah malam masa untuk berehat ye. tetapi jangan risau. saya selalu online dan email anda akan dibalas sepantas yang boleh.

6. boleh reserved untuk 3hari. lepas tu kalau ada orang lain yang lebih pantas membuat bayaran daripada anda, harap maaf. first come first serve.