10 September 2009

Dia Sedang Bertatih. Biarlah...

macam kanak-kanak, orang tua pon boleh kita guna untuk perkataan bertatih. siapa yang cakap bertatih hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak?? perkataan itu subjektif. lebih mudah lagi, ianya merujuk kepada ayat yang kita gunakan. eh? kenapa macam dalam kelas Bahasa Melayu pulak nih?? (subjek Bahasa Melayu adalah subjek kegemaran selain Matematik dan Sejarah kerana selalu score subjek nih. hahaha. subjek selalu dapat markah MERAH adalah subjek dibenci kerana merosakkan mood kerana akan dileteri apabila meminta abah sign report card. haish)

satu hari saya diberitahu, "blog kau tak kelakar lah!" erk. wtf??? perlukah saya menumbuk muka si polan bin sipolan itu kerana statement menyakitkan hati itu?? heylo mr.!! ini blog bukan blog mahu buat kelakar. kalo mahu gelak-gelak sambil membaca pergilah baca komik Sin Chan. ataupun komik Ujang. kan? haish. kesabaran sangat teruji di bulan yang mulia ini apabila satu-satu dugaan datang menimpa. saya masih bertatih okeh. baru terjebak dalam dunia pemblog'an nih. what do you expect mr??

keluh kesah hani suraya.

1. duit poket saya kekeringan. erm. ini dugaan sepanjang masa. bukan di bulan Ramadhan sahaja. harap maklum. derma boleh dihulurkan kepada saya oleh mereka yang sudi. -mengharap- hahaha

2. terpaksa duduk dalam keadaan meminta simpati di luar rumah kerana lupa membawa kunci rumah. housemate semua ada class sampai pukul 6 petang. selama 2 jam terkunci dan bateri handphone pula tiba-tiba mati dan tidak dapat menghubungi rakan-rakan terdekat. mahu terkencing pula tiba-tiba akibat tidak menggunakan tandas dengan sepenuhnya apabila masuk ke tandas chantek Asian Finance Bank. apa aktiviti kami di dalam tandas chantek tu??


faberet past time kami. oh ya. toilet itu chantek kerana kami. erk? chantek ke??

3. baru dapat result test. markah semua tidak memuaskan. haish. apalah nasib. sudah penat lelah menelaah tetapi... erk. sebenarnya patut cakap macam nih. padan muka hani. siapa suruh esok nak test baru malam nih nak study. hahaha. adalah menjadi tabiat buruk lagi hodoh bagi dia untuk study awal. semua dia tibai last minit. termasuklah urusan penyediaan dan penghantaran assignment. ceh. student's life. hahaha. alasan semata-mata. lepas tuh time final baru pulun habis-habisan. bengkak-bengkak mata jadinya tidak cukup tidur.

4. sampai saat blog ini di post. si hani suraya itu masih belum dapat tempat praktikal. adoi. dia pening kepala. tetapi tiada tindakan dibuat. apply petronas, tetapi petronas cakap "kami tidak ambil student islamic banking" habis tuh ape kejadahnya encik suruh saya hantar surat universiti hari tu?? saja nak bagi saya excited + perasan sorang- sorang ke?? (berkata hani suraya dalam hati). kemudian dengan hati yang pasrah si hani suraya itu apply dekat Securities Commission. ada reply! yeah! lega rasanya. tetapi Sec Com yang terletak di Bukit Kiara itu tiada public transport. adoi. macam mana?? siapa pula yang mahu menghantar saya ke sana nanti tiap-tiap hari selama 20minggu??

sekian, keluh-kesah hani suraya. ada siapa-siapa ingin membantu??


05 September 2009

selamat pagi chekgu!!

sejak dari zaman kanak-kanak lagi kita diasuh,

cikgu: bila cikgu masuk class, murid-murid kena cakap ,selamat pagi cikgu!

murid-murid: buat tidak faham sahaja.

cikgu: kenapa kamu semua diam?

murid-murid
(ketua kelas): cikgu tidak masuk kelas pon. dari tadi memang cikgu dalam kelas.

cikgu (merasakan anak muridnya semakin pandai menjawab): tidak mengapalah. lain kali bila cikgu masuk kelas kamu buat apa yang cikgu suruh ye?? terpaksa mengalah.

pandaikan kanak-kanak zaman sekarang?? umur baru setahun jagung. (korang pernah terfikir tak kenapa kita kena guna setahun jagung. kenapa tak guna setahun timun ke. setahun tembikai ke? kenapa? kenapa? ceh. ini pon nk jadi drama ke hani??)

tapi bila kena marah mereka pandai menjawab. macam adik saya awin (okeh. adek-adekku yang laen, sabar ye. laen kali turn korang plak inreprem. -contoh kakak mithali-). umur dia baru 11tahun. muda lagi kan? tapi punya la pandai menjawab. macam dalam situasi ni. baru habis bukak puasa, kaum hawa dirumah perlu mengemas. awin biasanya ditugaskan kerja yang paling mudah oleh pia, lap meja. mudahkan? baikkan kakak pia nih? (ha. lagi sekali pia. name ko along masukkan) selesai pia cuci kesemua pinggan dan mangkuk, meja masih tidak berlap. dengan tidak semena-mena pia jerit, " awin! lap la meja nih. apesal ko g depan plak?? ko nak ngelat ye!!"

awin: "tunggu la jap. awin nak duduk kat tangga nih!!" (ape kejadahnya awin nak duduk kat tangga padahal sofa mama punyalah empuk. bagilah alasan munasarawak sikit awin oi!)

angah: -dia memang tidak pernah membantu melainkan jadi pemerhati bebas dan tukang gelak + tukang kacau orang buat kerja-


pia kakak kepada awin adik kepada along angah dan acik. ha. boleh jadi teka teki teka tekuk nih. anak keberapa pia nih??



tengok gambar pon dah tau dia pemalas kan?? haha. sebab ko pemalas sangat along letak gambar ko yang nih. gambar akan diupgrade bila ko dah rajin tolong kitorang buat kerja rumah nanti.




inilah awin si penglipur lara. alasan yang dia gunakan memang selalu pelik dan tidak sesuai untuk budak umur 11 tahun. less drama more revision okeh awin??

ini acik. adik kepada along dan angah. abang kepada pia dan awin. sangat suka kacau orang tetapi tidak boleh dikacau. hello!! unfair tau! ceh. rambut nak macam elvis jek. haha



along dan pia. terpaksa berkongsi gambar oleh kerana si kakak tidak fotogenik bila bergambar seorang diri. haish. kasihan kan si kakak itu??






03 September 2009

jadi anak cubalah bersyukur.

salam ramadhan al mubarak. semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.

sebentar tadi saya berbuka bersama rakan-rakan. gembira dapat bergosip sementara menunggu waktu berbuka (agak-agak apa jadi ye dengan pahala puasa kalau kita bergosip?? haha). ini memang habit kami dari zaman diploma lagi. pantang ada masa terluang pasti ada perkara tentang si polan bin si polan yang akan masuk carta teratas dalam forum gosip kami. haish.

mama selalu cakap,

"tak baik mengata orang. asyik bergosip jek. cuba bayangkan kalau orang bercakap benda yang sama tentang kita."

ting tong!!! terus alarm menyala dan otak mula berfikir. ha ah la kan. betul jugak tuh. aku nih pon bukannya perfect sangat. manusia. mana lah ada yang sempurna. kan? kan? kan?

aku pulak jawab,

"mama, tiada angin pokok takkan bergoyang"

eh eh eh? ape kena mngena ntah?? memang idok le kalau saya nak berpantun dengan mama. selalunya saya akan cakap macam ni jek,

"hehe. ala mama. biasa la tuh mama."

dan mama cuma menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. tanda anak perempuannya memang anak solehah. hahaha

laaa... ni da jauh menyimpang nih. lepas tarawikh mama dengan abah datang menghantar nasi arab. jauh dari sri damansara. walaupun sebenarnya sri damansara cuma setengah jam dari shah alam, tetapi cuma untuk menghantar nasi sebungkus??? ape kejadahnya?? bak kata pengacara ntv7 tu.

sebagai anak, saya amat terharu sekali apabila abah yang terkenal dengan sikap garangnya sanggup datang cuma untuk menghantar sebungkus nasi. untuk menolak, tidak sampai hati. so dengan hati, tangan, dada, dan segala abdomen badan yang ada, dengan terbuka hatinya, menerima apa jua juadaha yang dihantar oleh abah supaya anaknya tidak kelaparan. (eh. pernah ke ko kelaparan sebab tidak cukup makan hani??!!) tolong lah!!

sesungguhnya sebagai anak kepada pak leman dan makcik samsiah, saya amat bersyukur dan berbangga menjadi anak mereka. walaupun mungkin kehidupan kami sekeluarga tidaklah semewah seperti orang lain tetapi bersyukurlah. ada orang lain yang lagi susah daripada kita. bak kata abah saya.

terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan insan sehebat dan setabah mereka sebagai ibu bapaku.

jadi orang cuba belajar untuk bersyukur okeh??


02 September 2009

percubaan pertama

demam blog. bila semua orang pon sebok nak berblog. kenapa saya pon sebok nak berblog?? hanya menyedari keuntungan yang bakal dapat hasil dari berbloh nih, ha... baru sebok nk berblog.


kesusahan dan kesenangan.


kadang-kadang kita sebagai anak selalu mengeluh. kenapa bila kita mintak something from our parents and our request kena reject. kecewa kan? macam situasi yang saya alami ni.


"mama, along ingat raya nanti nak beli baju raya 2pasang la. pas tu along nak kasut raya baru."


mama cakap,


"baju raya sepasang tak cukup ke? tak payah membazir. kasut raya tuh pakai la yg lame dulu. kan boleh pakai lagi."


haish. kecewa betul bila permintaan kita ditolak mentah-mentah begitu sahaja kan?? ape nak buat. bukan duit datang dari poket sendiri. kena la dengar arahan dari mama. huhu.


oleh sebab itu, kami adik-beradik berazam untuk mengumpul sendiri dana kami adik-beradik supaya apa sahaja permintaan kami boleh kami penuhi. eh eh. hasil dari titik peluh sendiri tau!! boleh kembang kempis hidung bila dapat beli baju raya lagi sepasang, dengan sepasang kasut raya baru, dengan handbag baru, dengan, dengan, dan dengan.


sebab kami lima beradik kesemuanya masih menuntut, tiada pekerjaan dan duit ditangan sediri (own cash in hand), maka dengan ini kami adik beradik berhajat untuk membuka premis blogger kami sendiri. so help us out people!!


kerana kesusahan yang kami alami mengajar kami bahawa kesenangan tidak akan datang bergolek tanpa usaha. dan saya sebagai kak long memberi idea untuk menubuhkan premis blogger kami yang pertama ini. barang-barang yang akan kami jual adalah barangan yang terpakai. dan mostly barangan ini adalah kepunyaan mama kami dan kami sendiri yang masih berada dalam keadaan elok tetapi sudah tidak digunakan.


see?? bukan susah kan nak cari duit?? adik-adik along sekalian, silalah contohi kakak kamu ini. jangan asyik mintak duit dari mama dengan abah je. mama, you must be proud of your daughter ni kan??


okeh. all the things that we want to sell will be posted later as right now we are in the middle of making kuih raya and preparing for hari raya. this kuih raya is for our own tummy and those who come to our house only yeah! not for sale. and also for atuk perempuan and atuk lelaki (our grandparents), mak long, mak ngah, cousins. ha senang citer our relatives la.


eh eh. still early kan? baru 2minggu ramadhan dah sebok nak buat kuih raya pulak. the reason is, my mama do not have maid to help her doing all the housework, kuih raya, tukar langsir, kemas rumah and all sort of things. so when i come back from shah alam i will help her doing all those things. an attempt to be anak solehah. ahakz! (macam nak promote diri sendiri la pulak. haha) opps terlupa pulak. normally, when i do the houseworks, my little sister will help me. kitorang akan ojus (ala yang main batu air burung tuh) untuk tentukan sape buat kerja ape. and then baru kitorang akan start buat kerja. and for sure saya akan buat kerja yang adik PEREMPUAN saya tolak ketepi. ha pia. along dah letak nama ko. the perempuan is in upper case because adik LELAKI saya memang cukup pemalas. bangun tidur macam anak raja. tinggal makan. adoi. senang kan jadi lelaki??