16 December 2009

mas kahwin naik? turun? tak berubah?

macam pasaran saham pulak mas kahwin nih. ade pasang surut. kejap naik. kejap turun. rasanya turun mana ada kan??? makin naik ade la kan??

makin ramai yang komen. bukan dalam blog ini semestinya. dalam radio, suratkhabar, blog-blog lain, dan mana-mana saluran media. ramai yang mengeluh. terutamanya kaum adam kita. mas kahwin itu membebankan. pandangan saya?

sudah sampai masanya mas kahwin itu dinaikkan. tetapi pada kadar berapa terpulang lah. kerajaan negeri selangor berpendapat RM300 adalah nilai yang secocok. jom kita semak fakta ini. perbelanjaan kahwin? semestinya mencecah ribuan ringgit. ini termasuk: order katering, kad kahwin persalinan pengantin, mak andam, hantaran, door gift, pelamin, kerusi meja, audio system dan lain-lain. (belum berkahwin. promote sket ye. hehe. jadi masih belum mengetahui perbelanjaan kahwin yang sebenarnya).

bukan murah dan bukan senang nak kahwin. kos sara hidup yang semakin meningkat di negeri ini. Selangor dan Kuala Lumpur. percayalah. cuba bayangkan ini. nasi separuh + tempe sambal + paru sambal + air limau ais = RM7.50. mahal nak mati!!! (macam mana elaun RM150 tuh nak cukop?? sila lihat post kat bawah)

kenapa harus merungut? sedangkan perbelanjaan yang sedia ada juga tidak banyak beza. kalau tempah kad yang fancy-fancy itu boleh, kalau tempah baju sampai 10 pasang itu boleh. kenapa kadar kenaikan (ini macam subjek ekonomi) yang tidak seberapa itu perlu dibahaskan? 


mas kahwin adalah pemberian wajib si suami kepada isteri dengan sebab adanya perkahwinan. kalau beli hadiah masa zaman cintan cintun sampai RM300 atau lebih itu bukan mas kahwin ye. lebih kepada sumbangan ikhlas atau investment ketika bercinta. kalau pasangan bercinta itu beli top-up atau buat bil setiap bulan, pasti jumlahnya lebih RM300. bagi saya tidak ada salahnya RM300 itu kerana ianya adalah pemberian si suami untuk isteri untuk satu ikatan yang suci dan sah di sisi Islam. kalau beli hadiah ratus-ratus masa zaman bercinta itu belum sah lagi ye. 

membebankan?? saya juga bukan datang dari keluarga senang atau berada. bakal suami (eceh!)  juga saya pasti tidak datang dari keluarga berada. hanya insan biasa yang ditakdirkan dan dijodohkan untuk saya. mungkin kedengaran membebankan kerana kenaikan itu secara mendadak. jika secara berperingkat mungkin kaum adam tidak terkejut. 


banyak andartu dekat Selangor?? hanya untuk pemikiran katak di bawah tempurung. siapa yang boleh menolak jodoh yang datang? jika jodoh anda di negeri Selangor? mahu ke ditinggalkan begitu sahaja hanya kerana RM 300? takkan lah kan? 


jadi bukalah minda. jangan berfikiran sempit kerana kenaikan itu tidak seberapa berbanding pengorbanan dan tanggungjawab yang perlu di galas di bahu kaum hawa selepas anda diijabkabulkan. berkerjasamalah kerana tanggungjawab itu perlu ditunaikan bersama-sama. suami sebagai imam dan isteri sebagai makmumnya. insyaAllah...


saya tahu bakal suami saya pasti tidak merungut. anda? eh jap jap. saya ni dibawah jajah takluk negeri Selangor ke??





15 December 2009

practical training.


bila bercakap pasal tempat praktikal, saya sedih. impian untuk mendapatkan tempat praktikal yang elaun RM 1500 bertukar menjadi hanya RM 150. dan selepas menolak semua kos pengangkutan dan kos makan (mahal giler!!) ape yang tinggal? hanya debu-debu kosong.

seperti membuat kerahan tenaga kepada pelajar degree yang tiada pengalaman, itulah persepsi saya terhadap practical training. when you have been asked to do something that after SPM students can do the task, what's the point of taking my degree?? maybe it is time for graduates like me to change my perception. not to be choosy. but must i just choose any jobs that will not offer me satisfied result like i always dream for?

kerana saya tidak pernah meletakkan apa-apa hope untuk tugas ini, jadi saya terima. untuk RM 150, saya hanya perlu goyang kaki dan seluruh anggota badan, saya tidak sanggup. for me, this is the time to gain as much experience an learns as much as possible. but maybe this is just the starting point. hopefully it will change. insyaAllah..

bila saya dengar ada kawan-kawan yang banyak kerja walaupon tidak mendapat elaun langsung, ada yang banyak kerja tetapi elaun sederhana banyak dan banyak kerja dapat banyak elaun. yang mana satu pilihan anda?

well my advice would be, in everything you do, dont put too much expectation. but surely you must hope for the best and do everything you have been told your best. biasalah tu kalau budak praktikal mula-mula kena buat kopi untuk bos (in my case. that will never happen. kettle pon tiada dalam office ni. ape lagi coffee or nescafe or watsoever), kena phototcopy untuk bos (ye. saya sedang mahu expert dalam bidang ini. depan belakang. lighter or darker, atas bawah, bring it on!! saya tahu. haha) susun-susun fail, isi customer details, dan macam-macam kerja seperti kena bawak turun fail untuk bos. tolong beli air mineral untuk bos.

bila tiada pengalaman kerja. apa yang kamu hendak harapkan? jangan memilih. my mom always said, this is what has been planned for you. mesti ada hikmah kenapa awak dapat tempat tu bila tempat laen tak nak amek awak. (sedihkan bunyi?) prepare awal-awal. kalau tak company mane pon tutup sebelah mata tengok resume kamu. then CGPA tinggi mcm menara KLCC pon tak bole kerja dengan Petronas KLCC tau.

saya bersyukur. dan sedang belajar untuk lebih bersyukur. anda bagaimana?