16 December 2009

mas kahwin naik? turun? tak berubah?

macam pasaran saham pulak mas kahwin nih. ade pasang surut. kejap naik. kejap turun. rasanya turun mana ada kan??? makin naik ade la kan??

makin ramai yang komen. bukan dalam blog ini semestinya. dalam radio, suratkhabar, blog-blog lain, dan mana-mana saluran media. ramai yang mengeluh. terutamanya kaum adam kita. mas kahwin itu membebankan. pandangan saya?

sudah sampai masanya mas kahwin itu dinaikkan. tetapi pada kadar berapa terpulang lah. kerajaan negeri selangor berpendapat RM300 adalah nilai yang secocok. jom kita semak fakta ini. perbelanjaan kahwin? semestinya mencecah ribuan ringgit. ini termasuk: order katering, kad kahwin persalinan pengantin, mak andam, hantaran, door gift, pelamin, kerusi meja, audio system dan lain-lain. (belum berkahwin. promote sket ye. hehe. jadi masih belum mengetahui perbelanjaan kahwin yang sebenarnya).

bukan murah dan bukan senang nak kahwin. kos sara hidup yang semakin meningkat di negeri ini. Selangor dan Kuala Lumpur. percayalah. cuba bayangkan ini. nasi separuh + tempe sambal + paru sambal + air limau ais = RM7.50. mahal nak mati!!! (macam mana elaun RM150 tuh nak cukop?? sila lihat post kat bawah)

kenapa harus merungut? sedangkan perbelanjaan yang sedia ada juga tidak banyak beza. kalau tempah kad yang fancy-fancy itu boleh, kalau tempah baju sampai 10 pasang itu boleh. kenapa kadar kenaikan (ini macam subjek ekonomi) yang tidak seberapa itu perlu dibahaskan? 


mas kahwin adalah pemberian wajib si suami kepada isteri dengan sebab adanya perkahwinan. kalau beli hadiah masa zaman cintan cintun sampai RM300 atau lebih itu bukan mas kahwin ye. lebih kepada sumbangan ikhlas atau investment ketika bercinta. kalau pasangan bercinta itu beli top-up atau buat bil setiap bulan, pasti jumlahnya lebih RM300. bagi saya tidak ada salahnya RM300 itu kerana ianya adalah pemberian si suami untuk isteri untuk satu ikatan yang suci dan sah di sisi Islam. kalau beli hadiah ratus-ratus masa zaman bercinta itu belum sah lagi ye. 

membebankan?? saya juga bukan datang dari keluarga senang atau berada. bakal suami (eceh!)  juga saya pasti tidak datang dari keluarga berada. hanya insan biasa yang ditakdirkan dan dijodohkan untuk saya. mungkin kedengaran membebankan kerana kenaikan itu secara mendadak. jika secara berperingkat mungkin kaum adam tidak terkejut. 


banyak andartu dekat Selangor?? hanya untuk pemikiran katak di bawah tempurung. siapa yang boleh menolak jodoh yang datang? jika jodoh anda di negeri Selangor? mahu ke ditinggalkan begitu sahaja hanya kerana RM 300? takkan lah kan? 


jadi bukalah minda. jangan berfikiran sempit kerana kenaikan itu tidak seberapa berbanding pengorbanan dan tanggungjawab yang perlu di galas di bahu kaum hawa selepas anda diijabkabulkan. berkerjasamalah kerana tanggungjawab itu perlu ditunaikan bersama-sama. suami sebagai imam dan isteri sebagai makmumnya. insyaAllah...


saya tahu bakal suami saya pasti tidak merungut. anda? eh jap jap. saya ni dibawah jajah takluk negeri Selangor ke??





No comments: