19 November 2009

diploma saya dikedah.


kehadapan diploma yang disayangi di kedah,




pertama kali berdinner bersama rakan-rakan. pertama kali juga mengenakan pakaian seperti itu. terima kasih kedah. pengalaman menakjubkan disana.




bersama pemain bola sepak diverxity uitm kedah selepas habis game. mereka busuk. walaupun kalah penyokong setia manchester united ini tetap turun memberi sokongan sebagai rakan sekelas. semester akhir dikedah.





the best library ever! even library dekat shah alam pon tak dapat menandingi kehebatan library ini. librarian yang super peramah. printer yg best. compared to shah alam yg cuma ada printer macam dekat umah saya. guna printer buble jet untuk student yang beratur panjangnya macam kedai donut big apple. logikkah?? common on!! memang superb! oh sudah mula rindu kedah. haish.




last class with en baderisang. torturing class ever yet very memorable. kenapa memorable? bila kau terpaksa membakar ayam ditengah panas sementara tiada orang membeli ayam engkau. bila tidbits yang engkau jual orang jeling sebelah mata, bila ikan yang engkau jual lagi banyak rugi daripada untung, itu bukan torturing ke namanya?? rasa macam nak tarik dia pergi tepi tumbuk dia 2-3 kali lepas tu paksa beli semua yang kau jual. padan muka siapa suruh jeling-jeling kalau tiada niat untuk membeli. hahaha. sangat evil. tetapi kenapa memorable?? sebab event ini merapatkan silaturrahim kami 2 class. superb! lepas gaduh sebab aku-tak-suka-engkau-sebab-muka-engkau-annoying, kami mula berbaik-baik disebabkan lecturer yang 1 ini lah. tengkiu sir!




skema cap ayam + gelap 1 tona dari tona wajah asal.
LDK atau latihan dalam kumpulan. hanya aktiviti ini yang dapat membuatkan kami berbaju kurung dan nampak ayu lagi sopan sebagai resultnya selain hari isnin dimana kami wajib memakai baju kurung. polisi atau anda ditangkap oleh mak guard dan pak guard dekat tepi jalan. nak ke?? cuba bayangkan ini. jalan ramai-ramai untuk kelas pukul 8 dan tiba-tiba anda dijerkah oleh mak guard berbaju biru, bila mata engkau baru mahu terbukak luas, dihadapan puluhan siswi dan lebih teruk siswa. sumpah terus jatuh menjunam indeks saham engkau untuk hari itu.

 

inilah bentuk torturing yang dimaksudkan. kami ditugaskan menjadi pencacai mencuci kereta semua staff dan student. untuk 1 hari semua kereta bersih bersinar-sinar. subjek ala-ala macam the apprentice. menang ke? da confirm lah tidak. menang nombor 2. yang penting kita enjoy!!





last paper of the semester. lupa sudah paper ape. terasa seperti mahu menangis meninggalkan rakan-rakan. keajaiban berlaku bila hampir separuh dari muka-muka ini wujud di shah alam. gambar seperti ini tidak dapat dirakam di shah alam. habis paper semua berebut keluar dewan masuk kereta start enjin dan vroom vroom. bubye shah alam.





sangat gembira di sini. berkayak dan menaiki rakit. jungle trackking bersama junior-junior. sungguh adventure. pertama kali masuk hutan dan berjaya keluar tanpa bekas gigitan pacat dikaki dan tangan. clean. darah tidak cukup sedap untuk dihisap si pacat.




perjalan pulang ke kuala lumpur dari kedah. 15jam perjalanan. bayangkan kesakitan dan keperitan yang terpaksa dialami oleh tulang belakang saya akibat tempat tidur yang sempit dan tidak selesa. tetapi experience itu sangat valuable dan tak mungkin dapat dikutip tepi jalan kerana muka lagi 4orang rakan baik itu tidak mungkin boleh dikutip tepi jalan. hei kawan baik. jom naik kenderaan ini lagi sanggupkah anda??

pengakhirannya??




si hani suraya ini berjaya menamatkan kerjaya diplomanya dalam bidang business studies dengan dua bintang. sangat gementar mahu naik kepentas ini. sangat ramai orang menonton + takut jatuh topi konvo + takut tersadung akibat nervous = berjaya control ayu dan cun dengan jayanya. hahaha. peace!




 saya sangat gembira dapat diploma ini. walaupun banyak dugaan dan cabaran yang perlu saya tempuh untuk sampai ke tahap sekarang ini tetapi berkat doa mama dan abah, saya berjaya. usaha yang telah dicurahkan dibalas dengan kejyaan setimpal. engkau ingat senang nak bergambar semacam ini dengan jubah tebal sambil control topi bagi tak jatuh sambil control cun + comel sambil cari pot baik tepi pokok macam ini?? cubalah tangkap gambar seperti ini.      


No comments: