10 September 2009

Dia Sedang Bertatih. Biarlah...

macam kanak-kanak, orang tua pon boleh kita guna untuk perkataan bertatih. siapa yang cakap bertatih hanya boleh digunakan untuk kanak-kanak?? perkataan itu subjektif. lebih mudah lagi, ianya merujuk kepada ayat yang kita gunakan. eh? kenapa macam dalam kelas Bahasa Melayu pulak nih?? (subjek Bahasa Melayu adalah subjek kegemaran selain Matematik dan Sejarah kerana selalu score subjek nih. hahaha. subjek selalu dapat markah MERAH adalah subjek dibenci kerana merosakkan mood kerana akan dileteri apabila meminta abah sign report card. haish)

satu hari saya diberitahu, "blog kau tak kelakar lah!" erk. wtf??? perlukah saya menumbuk muka si polan bin sipolan itu kerana statement menyakitkan hati itu?? heylo mr.!! ini blog bukan blog mahu buat kelakar. kalo mahu gelak-gelak sambil membaca pergilah baca komik Sin Chan. ataupun komik Ujang. kan? haish. kesabaran sangat teruji di bulan yang mulia ini apabila satu-satu dugaan datang menimpa. saya masih bertatih okeh. baru terjebak dalam dunia pemblog'an nih. what do you expect mr??

keluh kesah hani suraya.

1. duit poket saya kekeringan. erm. ini dugaan sepanjang masa. bukan di bulan Ramadhan sahaja. harap maklum. derma boleh dihulurkan kepada saya oleh mereka yang sudi. -mengharap- hahaha

2. terpaksa duduk dalam keadaan meminta simpati di luar rumah kerana lupa membawa kunci rumah. housemate semua ada class sampai pukul 6 petang. selama 2 jam terkunci dan bateri handphone pula tiba-tiba mati dan tidak dapat menghubungi rakan-rakan terdekat. mahu terkencing pula tiba-tiba akibat tidak menggunakan tandas dengan sepenuhnya apabila masuk ke tandas chantek Asian Finance Bank. apa aktiviti kami di dalam tandas chantek tu??


faberet past time kami. oh ya. toilet itu chantek kerana kami. erk? chantek ke??

3. baru dapat result test. markah semua tidak memuaskan. haish. apalah nasib. sudah penat lelah menelaah tetapi... erk. sebenarnya patut cakap macam nih. padan muka hani. siapa suruh esok nak test baru malam nih nak study. hahaha. adalah menjadi tabiat buruk lagi hodoh bagi dia untuk study awal. semua dia tibai last minit. termasuklah urusan penyediaan dan penghantaran assignment. ceh. student's life. hahaha. alasan semata-mata. lepas tuh time final baru pulun habis-habisan. bengkak-bengkak mata jadinya tidak cukup tidur.

4. sampai saat blog ini di post. si hani suraya itu masih belum dapat tempat praktikal. adoi. dia pening kepala. tetapi tiada tindakan dibuat. apply petronas, tetapi petronas cakap "kami tidak ambil student islamic banking" habis tuh ape kejadahnya encik suruh saya hantar surat universiti hari tu?? saja nak bagi saya excited + perasan sorang- sorang ke?? (berkata hani suraya dalam hati). kemudian dengan hati yang pasrah si hani suraya itu apply dekat Securities Commission. ada reply! yeah! lega rasanya. tetapi Sec Com yang terletak di Bukit Kiara itu tiada public transport. adoi. macam mana?? siapa pula yang mahu menghantar saya ke sana nanti tiap-tiap hari selama 20minggu??

sekian, keluh-kesah hani suraya. ada siapa-siapa ingin membantu??


No comments: