03 September 2009

jadi anak cubalah bersyukur.

salam ramadhan al mubarak. semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.

sebentar tadi saya berbuka bersama rakan-rakan. gembira dapat bergosip sementara menunggu waktu berbuka (agak-agak apa jadi ye dengan pahala puasa kalau kita bergosip?? haha). ini memang habit kami dari zaman diploma lagi. pantang ada masa terluang pasti ada perkara tentang si polan bin si polan yang akan masuk carta teratas dalam forum gosip kami. haish.

mama selalu cakap,

"tak baik mengata orang. asyik bergosip jek. cuba bayangkan kalau orang bercakap benda yang sama tentang kita."

ting tong!!! terus alarm menyala dan otak mula berfikir. ha ah la kan. betul jugak tuh. aku nih pon bukannya perfect sangat. manusia. mana lah ada yang sempurna. kan? kan? kan?

aku pulak jawab,

"mama, tiada angin pokok takkan bergoyang"

eh eh eh? ape kena mngena ntah?? memang idok le kalau saya nak berpantun dengan mama. selalunya saya akan cakap macam ni jek,

"hehe. ala mama. biasa la tuh mama."

dan mama cuma menggeleng-gelengkan kepalanya sahaja. tanda anak perempuannya memang anak solehah. hahaha

laaa... ni da jauh menyimpang nih. lepas tarawikh mama dengan abah datang menghantar nasi arab. jauh dari sri damansara. walaupun sebenarnya sri damansara cuma setengah jam dari shah alam, tetapi cuma untuk menghantar nasi sebungkus??? ape kejadahnya?? bak kata pengacara ntv7 tu.

sebagai anak, saya amat terharu sekali apabila abah yang terkenal dengan sikap garangnya sanggup datang cuma untuk menghantar sebungkus nasi. untuk menolak, tidak sampai hati. so dengan hati, tangan, dada, dan segala abdomen badan yang ada, dengan terbuka hatinya, menerima apa jua juadaha yang dihantar oleh abah supaya anaknya tidak kelaparan. (eh. pernah ke ko kelaparan sebab tidak cukup makan hani??!!) tolong lah!!

sesungguhnya sebagai anak kepada pak leman dan makcik samsiah, saya amat bersyukur dan berbangga menjadi anak mereka. walaupun mungkin kehidupan kami sekeluarga tidaklah semewah seperti orang lain tetapi bersyukurlah. ada orang lain yang lagi susah daripada kita. bak kata abah saya.

terima kasih Ya Allah kerana mengurniakan insan sehebat dan setabah mereka sebagai ibu bapaku.

jadi orang cuba belajar untuk bersyukur okeh??


No comments: